Wednesday 8 October 2014

#3

Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna.
Baju sendat. VOGUE!!

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima.
Tengkuk terdedah. GORGEOUS!!

Tengok depan, awek pakai legging, rambut rebonding paras belikat.
Baju lengan pendek. STYLO!!

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung.
Tak bertudung. Heels 4 inci. WOW!!

~Soalan buat hawa~

Memang itu ke yang korang nak?
Berfesyen tanpa meletakkan agama di depan?
Fesyen didahulukan,agama dikemudiankan?

Selesa ke dengan penampilan sebegitu?
Menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang?
Segenap tubuh diratah mata manusia?

Apa tujuan korang berpakaian sedemikian?
Mahu tampak gah di kalangan teman-teman?
Sentiasa di atas?
Lepas tu apa?
Riak?
Takbur?
Bangga?

Adakah dengan berbaju kurung , bertudung litup korang akan dianggap kuno?
Adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan korang seorang yang up-to- date?
Adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang?
Akan menjadikan korang hodoh?
Nampak kecundang dalam dunia moden?

Kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan?
Tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian tak pernah puas?


~Jawapan dari adam~
Seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya
lebih bernilai di mata lelaki untuk
dijadikan teman seumur hidup.

Kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari
dipandang lelaki yang bukan halal
baginya adalah lebih mahal dari
dunia dan segala isinya.

Kecantikan seorang perempuan berbaju kurung yang bertudung
 takkan dapat ditandingi oleh yang lain.

Cantik, cun, ayu, dan sopan.
Apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi Islam jugak melarang tabaruj.
Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan.
Tahu?
Jadi bersederhanalah!~

" Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu,
kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu
yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT.. "

2 comments:

Anonymous said...

Salam kenal... balas singgah dari mamabiha :)

Umi Nazrah said...

indeed.